FATWA PENGHARAMAN FAHAMAN DAN AJARAN MASITAH BINTI AB JALAR (KUMPULAN PERJALANAN MIMPI YANG TERAKHIR)
Sel. P.U. 4. 8hb Januari 2025
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47
MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan pernyataan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual sebagai fatwa dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.
JADUAL
FATWA PENGHARAMAN FAHAMAN DAN AJARAN MASITAH BINTI AB JALAR (KUMPULAN PERJALANAN MIMPI YANG TERAKHIR)
1. Fahaman dan ajaran Masitah binti Ab Jalar (Kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir) adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah kerana mengandungi elemen-elemen yang berikut:
(a) Mendakwa mimpi sebagai sumber utama hukum syarak.
(b) Mendakwa mimpi sebagai arahan untuk keluar daripada Malaysia demi mencari Imam Mahdi.
(c) Mendakwa bahawa Allah SWT berjasad (tajsim) dan menyamai (tasybih) makhluk.
(d) Mendakwa bahawa Allah SWT mengampunkan umat Nabi Muhammad SAW disebabkan Masitah.
(e) Menghina Nabi Adam AS kerana mendakwa Baginda adalah punca manusia diturunkan ke bumi.
(f) Mendakwa bahawa nama Sittah An-Nur yang dinisbahkan kepada Masitah ada disebut di dalam hadis Rasullullah SAW.
(g) Mendakwa bahawa syariat Nabi Muhammad SAW bukan syariat yang terakhir.
(h) Mendakwa bahawa hari kiamat berlaku disebabkan oleh Masitah.
(i) Mendakwa bahawa kiamat akan berlaku apabila Masitah memerintahkan arasy membakar Nabi Adam AS.
(j) Masitah mendakwa mengetahui tempat, bagaimana dan keadaan dirinya sewaktu ajalnya tiba.
2. Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen-elemen fahaman dan ajaran ini adalah disifatkan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah.
3. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk—
(i) beramal atau berpegang dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(ii) menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(iii) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman
persamaan dengannya;
(iv) mengajar, menyebarkan atau mengembangkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(v) berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(vi) memiliki, menyimpan, menerbitkan, menyalin, mencetak, menjual, mengedar atau menyiarkan apa-apa bahan yang menonjolkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa-apa bentuk termasuk filem, rakaman video atau audio, penulisan, akhbar, risalah, buku, majalah atau lain-lain bentuk penulisan;
(vii) menganjur, mengadakan atau membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman
persamaan dengannya melalui pertubuhan, persatuan, syarikat atau badan lain;
(viii) memberi apa-apa kemudahan, sumbangan, pembiayaan atau bantuan kepada mana-mana orang atau badan untuk tujuan menyebarkan atau mengembangkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya.
4. Mana-mana orang Islam yang telah menyertai atau mengamalkan atau berpegang kepada fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Bertarikh 20 Disember 2024 [MAIS/BUU/600-6/1/29; P.U.Sel (ADV) PS. 05/4/12]
Dengan Titah Perintah
DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor
المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-10638
