Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الجنائز

Fatwa Berkenaan Hukum Mengebumikan Jenazah Yang Meninggal Dunia Akibat Wabak Atau Musibah Lebih Daripada Seorang Dalam Satu Liang Lahad

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE HUKUM MENGEBUMIKAN JENAZAH YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT WABAK ATAU MUSIBAH LEBIH DARIPADA SEORANG DALAM SATU LIANG LAHAD

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-132 yang bersidang pada 13 Ogos 2021 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Mengebumikan Jenazah yang Meninggal Dunia Akibat Wabak atau Musibah Lebih daripada Seorang dalam Satu Liang Lahad. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Hukum mengebumikan jenazah yang meninggal dunia akibat wabak atau musibah lebih daripada seorang dalam satu liang lahad adalah harus dalam keadaan darurat dan terdesak. Ini berdasarkan kepada pandangan Ibn Hajar al-Haitami yang menyatakan bahawa “(Tidak dikebumikan dua jenazah) dalam satu kubur melainkan kerana darurat seperti kematian yang ramai atau kematian disebabkan wabak taun atau (bencana) yang memusnahkan atau selain daripadanya, dan sukar untuk mengasingkan setiap jenazah untuk satu kubur maka (jenazah) dikebumikan berdua atau tiga dalam satu kubur sepertimana ketika perang Uhud; maka sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan agar mengebumikan jenazah secara berdua atau tiga disebabkan kematian yang ramai.”.

2. Prosedur pengebumian jenazah lebih dari seorang dalam satu liang lahad hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bertarikh 26 Oktober 2022 Dated 26 October 2022 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 16]

PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-1d2947a8