Hukum Menggunakan Duit Kutipan Derma Untuk Tujuan Promosi
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
5/137/2022 09-10 JUN 2022
HUKUM MENGGUNAKAN DUIT KUTIPAN DERMA UNTUK TUJUAN PROMOSI
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-137/2022 yang bersidang pada 09-10 Jun 2022 telah memutuskan bahawa:
1. Hukum menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk tujuan kebaikan seperti mempromosi sumbangan adalah harus jika mendapat keizinan daripada penderma.
2. Keizinan daripada penderma boleh diperolehi dengan cara pihak yang mengumpul derma menyatakan secara jelas pada iklan tentang hasrat mereka untuk menggunakan sebahagian daripada duit sumbangan bagi membayar kos promosi dan pengiklanan.
3. Jumlah dana yang digunakan bagi tujuan promosi hendaklah sekadar keperluan, di samping memastikan duit tersebut digunakan dengan cermat dan memberi kebaikan kepada penderma.
4. Jika wang telah dikumpulkan, pihak pengumpul dana perlu memaklumkan dan mendapat keizinan daripada penderma terlebih dahulu melalui pelbagai cara yang mampu dilakukan sebelum menggunakan sebahagian daripada dana tersebut untuk membayar kos pengiklanan.
Bertarikh 09-10 Jun 2022 MJKPHSWP Kali Ke-137/2022
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-f55e1df5
