Cadangan Pewakaf Menggunakan Hasil Manfaat Wakaf Daripada Harta Yang Telah Diwakafkan
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN CADANGAN PEWAKAF MENGGUNAKAN HASIL MANFAAT WAKAF DARIPADA HARTA YANG TELAH DIWAKAFKAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-137 yang bersidang pada 09 - 10 Jun 2022 telah membincangkan perkara berkenaan Cadangan Pewakaf Menggunakan Hasil Manfaat Wakaf Daripada Harta Yang Telah Diwakafkan. Fatwanya adalah seperti yang berikut: Tidak Bersetuju dengan cadangan pewakaf boleh menggunakan hasil manfaat daripada harta yang telah diwakafkan berdasarkan pandangan jumhur ulama dan mencadangkan pewakaf agar membuat wasiat untuk mewakafkan hartanya selepas kematiannya.
MJKPHSWP Kali Ke-137/2022 Bertarikh: 09-10 Jun 2021
PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-65d5eb4e
