Fatwa Berkenaan Dengan Pengurusan Harta Luqatah
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HARTA LUQATAH
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 telah membincangkan perkara berkenaan dengan pengurusan harta luqatah. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Harta luqatah hendaklah diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”).
2. Baitulmal MAIWP berhak mengagihkan harta tersebut untuk kegunaan umat Islam sekiranya tiada tuntutan yang dibuat terhadap harta luqatah tersebut.
3. Baitulmal MAIWP hendaklah memulangkan harta tersebut kepada pemilik atau waris yang sah sekiranya pemilik atau waris yang sah tersebut membuat tuntutan.
4. Pengurusan harta luqatah tertakluk di bawah Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Baitulmal MAIWP.
5. Bagi maksud fatwa ini, harta luqatah ialah harta yang hilang dari pemiliknya dan dijumpai oleh orang lain atau harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga dan penemu tidak mengenali pemiliknya.
Bertarikh 19 Ogos 2021 Dated 19 August 2021 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2021-ba213497
