Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Mengekalkan Atau Membetulkan Kedudukan Kubur Dan Mayat Yang Terpesong Dari Arah Kiblat
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENGEKALKAN ATAU MEMBETULKAN KEDUDUKAN KUBUR DAN MAYAT YANG TERPESONG DARI ARAH KIBLAT
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-121 yang bersidang pada 2 November 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Mengekalkan atau Membetulkan Kedudukan Kubur dan Mayat yang Terpesong dari Arah Kiblat. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Hukum mengekalkan kedudukan kubur dan mayat yang terpesong dari arah kiblat adalah harus selagi pesongan kedudukan kubur dan mayat tidak melebihi 450.
2. Bagi kedudukan kubur dan mayat yang terpesong melebihi 450 dari arah kiblat, maka adalah wajib untuk membetulkan kedudukan kubur dan mayat selagi pembetulan tersebut diyakini tidak menyebabkan mayat rosak atau hancur.
3. Sekiranya pembetulan kedudukan kubur dan mayat tersebut diyakini boleh menyebabkan mayat tersebut rosak atau hancur, maka adalah memadai supaya pembetulan dibuat terhadap kepungan di atas kubur tersebut sahaja.
4. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membuat pembetulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 dan 3.
Bertarikh 25 November 2020 Dated 25 November 2020 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIV]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-ca9d4f0a
