Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Pelaksanaan Wakaf Mushaf Al-Quran
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM PELAKSANAAN WAKAF MUSHAF AL-QURAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-118 yang bersidang pada 26 Julai 2020 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Pelaksanaan Wakaf Mushaf Al-Quran. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Pelaksanaan wakaf mushaf Al-Quran oleh mana-mana orang adalah harus dengan syarat seperti yang berikut:
(a) orang yang menguruskan wakaf hendaklah membeli mushaf Al-Quran terlebih dahulu; dan (b) pewakaf hendaklah berwakaf dengan cara membeli mushaf Al-Quran tersebut daripada orang yang menguruskan wakaf secara akad jual beli biasa atau melalui kaedah bay’ al-mu’atah (jual beli tanpa akad).
2. Wakaf mushaf Al-Quran hendaklah dibuat secara wakaf tunai. Orang yang menguruskan wakaf hendaklah menyatakan nilai sebenar mushaf Al-Quran yang diwakafkan dan kos yang berkaitan dengan urusan wakaf mushaf Al-Quran tersebut sahaja.
3. Orang yang menguruskan wakaf mushaf Al-Quran hendaklah menyediakan borang maklumat wakaf mushaf Al-Quran yang jelas untuk dilengkapkan oleh pewakaf.
4. Mana-mana orang yang bertindak sebagai orang yang menguruskan wakaf mushaf Al-Quran hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
5. Perkara yang dinyatakan dalam perenggan 1, 2, 3 dan 4 hendaklah dipatuhi semasa pelaksanaan wakaf mushaf Al-Quran.
Bertarikh 16 November 2020 Dated 16 November 2020 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIV]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-1ed8d488
