Fatwa Berkenaan Dengan Ajaran Yang Dibawa Oleh Wan Hizam Bin Abdullah Sabil
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN AJARAN YANG DIBAWA OLEH WAN HIZAM BIN ABDULLAH SABIL
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-119 yang bersidang pada 27 Julai 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Ajaran yang dibawa oleh Wan Hizam bin Abdullah Sabil. Fatwanya adalah seperti
1. Ajaran yang dibawa oleh Wan Hizam bin Abdullah Sabil adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—
(a) menyifatkan Allah dengan sifat kekurangan seperti menyatakan bahawa Allah itu sunyi dan berkehendak kepada penciptaan makhluk agar Dia dikenali, contohnya dengan mengatakan “Tuhan kata, aku ni sunyi, hang la yang menghiburkan. Aku ini dengan diri akulah, hang lah yang menjadi teman.”;
(b) menyamakan Allah SWT dengan sifat-sifat makhluk yang berjisim seperti wajah wanita, kelembutan kulit manusia dan seumpamanya dan menggunakan analogi seperti wajah wanita dan kelembutan kulit manusia bagi menggambarkan sifat-sifat Allah SWT. Hal ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam yang mendengarnya kerana akan terbayang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat dan berjisim sama seperti makhluk. Hal ini bertentangan dengan ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah berdasarkan firman Allah dalam ayat 11 Surah al-Syura seperti
Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”;
(c) membuat tafsiran sendiri terhadap hukum istihadah dengan mengatakan “Suka pun kena sujud, tak suka pun kena sujud (sembahyang), kecuali perempuan yang dapat lesen besar. Haid, nifas, istihadah (dan) wiladah (tak perlu sembahyang).”;
(d) menggunakan ejaan yang mengelirukan dalam surah al-Fatihah pada perkataan الرّحمن dan الرّحيم dengan menulis ارّحمن ارّاحيم, tanpa ال dan menambah alif (ا) pada الرَحِيم.
2. Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran yang dibawa oleh Wan Hizam bin Abdullah Sabil sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang padanya, mempercayainya, menyebarkannya atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.
3. Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, menyebarkan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.
4. Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.
Bertarikh 16 Oktober 2020 Dated 16 October 2020 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIII]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-0dca6538
