Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات

Fatwa Berkenaan Dengan Pembayaran Zakat Menggunakan Kad Kredit Melalui Kaedah 'Easy Payment'

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN DENGAN PEMBAYARAN ZAKAT MENGGUNAKAN KAD KREDIT MELALUI KAEDAH ‘EASY PAYMENT’

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-122 yang bersidang pada 15 Julai 2020 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Pembayaran Zakat Menggunakan Kad Kredit melalui Kaedah ‘Easy Payment’. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Pembayaran zakat menggunakan kad kredit melalui kaedah ‘Easy Payment’ adalah harus dengan syarat—

(a) kad kredit yang digunakan mestilah kad kredit yang mematuhi syariah;

(b) pemegang kad kredit hendaklah memastikan bahawa kad kredit boleh digunakan untuk membuat pembayaran secara ansuran bulanan ke atas sesuatu produk yang dibeli pada harga tertentu;

(c) pemegang kad kredit hendaklah memastikan bahawa bayaran zakat boleh dilunaskan secara ansuran dalam tempoh yang dipilih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak bank;

(d) jumlah kos fi atau caj yang dikenakan oleh pihak bank hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat atau organisasi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku amil bagi memungut zakat di Wilayah Persekutuan; dan

(e) kaedah pembayaran tersebut hanya merupakan suatu pilihan atau alternatif kepada pembayar zakat.

Bertarikh 25 November 2020 Dated 25 November 2020 [PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/XIV]

DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-00b618fc