Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Menggunakan Kaedah Comfort Care Kepada Bayi Yang Lahir Pramatang
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENGGUNAKAN KAEDAH COMFORT CARE KEPADA BAYI YANG LAHIR PRAMATANG
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali
dengan Hukum Menggunakan Kaedah Comfort Care kepada Bayi yang Lahir Pramatang.
1. Hukum menggunakan kaedah comfort care kepada bayi yang lahir pramatang adalah harus dalam hal keadaan yang berikut:
(a) bayi yang dilahirkan semasa usia kehamilan kurang daripada enam bulan mengikut takwim qamariah dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar perubatan bahawa bayi tersebut secara pasti tidak dapat diselamatkan; atau
(b) bayi yang dilahirkan semasa usia kehamilan enam bulan ke atas mengikut takwim qamariah dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar perubatan bahawa bayi tersebut tidak dapat diselamatkan walaupun setelah diberikan bantuan alat pernafasan dan apa-apa bantuan lain.
2. Hukum menyelamatkan bayi yang lahir adalah wajib jika—
(a) bayi itu dilahirkan semasa usia kehamilan enam bulan dan ke atas mengikut takwim qamariah; atau
(b) bayi itu dilahirkan semasa usia kehamilan kurang enam bulan mengikut takwim qamariah dan pakar perubatan berpendapat bahawa bayi tersebut masih boleh diselamatkan.
3. Bagi maksud Fatwa ini, kaedah comfort care ialah penjagaan kepada bayi pramatang yang dilahirkan dan tidak diberikan apa-apa bantuan pernafasan dan rawatan susulan selepas kelahirannya. Kaedah ini bertujuan supaya ibu bapa dapat bersama dengan bayi mereka sebelum bayi tersebut menghembuskan nafas yang terakhir.
FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM PENGELUARAN SURAT PERAKUAN SUSUAN BAGI IBU DAN ANAK SUSUAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali
dengan Hukum Pengeluaran Surat Perakuan Susuan bagi Ibu dan Anak Susuan.
1. Hukum pengeluaran surat perakuan susuan bagi ibu dan anak susuan adalah harus sekiranya memenuhi syarat-syarat yang berikut:
(a) anak susuan itu hendaklah berumur kurang daripada dua tahun mengikut takwim qamariah ketika dia mendapat susu ibu susuannya;
(b) anak susuan itu mendapat susu ibu susuannya sama ada secara terus, melalui botol, cawan atau apa-apa cara lain;
(c) ibu susuan yakin bahawa anak susuan itu mendapat susunya sekurang-kurangnya lima kali kenyang; dan
(d) sekiranya ibu susuan telah bersuami, keizinan suaminya hendaklah diperoleh terlebih dahulu.
2. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ialah pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat perakuan susuan bagi ibu dan anak susuan tersebut.
3. Keputusan ini diambil bagi menjaga maslahah yang berkaitan dengan implikasi hukum disebabkan penyusuan.
Bertarikh 25 November 2020 Dated 25 November 2020 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIV]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-c7db75e0
