Fatwa Berkenaan Dengan Penggunaan Wang Daripada Tabung Anak Yatim Dan Kebajikan Di Masjid-Masjid Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN WANG DARIPADA TABUNG ANAK YATIM DAN KEBAJIKAN DI MASJID-MASJID BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-121 yang bersidang pada 2 November 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Penggunaan Wang daripada Tabung Anak Yatim dan Kebajikan di Masjid-Masjid bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Tabung anak yatim hendaklah diasingkan daripada tabung kebajikan.
2. Sekiranya terdapat tabung anak yatim yang disatukan dengan tabung kebajikan, wang yang terkumpul hendaklah dibahagikan secara sama rata untuk keperluan anak yatim dan untuk tujuan kebajikan.
3. Wang daripada tabung anak yatim di masjid-masjid bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah disalurkan untuk kegunaan anak yatim sahaja sama ada yang tinggal di dalam atau di luar Wilayah Persekutuan.
4. Takrif “anak yatim” menurut Hukum Syarak ialah—
(a) anak yang kematian bapa; atau
(b) anak tidak sah taraf, anak pungut atau anak yang dinafikan dengan sebab li’an; dan
(c) berumur kurang daripada lapan belas tahun.
5. Wang daripada tabung kebajikan boleh disalurkan untuk kegunaan ibu tunggal, fakir miskin dan apa-apa tujuan kebajikan yang lain.
Bertarikh 25 November 2020 Dated 25 November 2020 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIV]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-8b12e154
