Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Menghentikan Rawatan Yang Tidak Lagi Memberi Kesan Kepada Pesakit Setelah Didiagnosis Sebagai Rawatan Yang Sia-Sia (Medical Futility)
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENGHENTIKAN RAWATAN YANG TIDAK LAGI MEMBERI KESAN KEPADA PESAKIT SETELAH DIDIAGNOSIS SEBAGAI RAWATAN YANG SIA-SIA (MEDICAL FUTILITY)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-119 yang bersidang pada 27 Julai 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Menghentikan Rawatan yang Tidak Lagi Memberi Kesan kepada Pesakit setelah Didiagnosis sebagai Rawatan yang Sia-Sia (Medical Futility). Fatwanya adalah seperti yang berikut:
Hukum menghentikan rawatan yang tidak lagi memberi kesan kepada pesakit setelah didiagnosis sebagai rawatan yang sia-sia (Medical Futility) oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar perubatan yang berkelayakan adalah harus dalam hal keadaan yang berikut:
(a) rawatan utama yang diberikan tidak menghasilkan penyembuhan kepada pesakit dan boleh menyebabkan pengabaian kepada pesakit lain yang lebih memerlukan rawatan dan mempunyai peluang untuk sembuh;
(b) rawatan utama atau kecemasan terhadap kes yang hampir pasti menjadi sia-sia, contohnya seseorang yang koma disebabkan serangan jantung dan tidak menerima rawatan cardiopulmonary resuscitation (CPR) di tempat kejadian ketika serangan jantung tersebut berlaku; atau
(c) sekiranya terdapat tanda-tanda yang jelas dan nyata bahawa segala bentuk rawatan yang diberikan terhadap pesakit yang tenat dan tidak memberikan atau menunjukkan apa-apa peluang atau tanda untuk sembuh.
Bertarikh 25 November 2020 Dated 25 November 2020 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIV]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-8abb0f3c
