Fatwa Berkenaan Dengan Jumlah Wang Yang Tidak Dapat Dikenal Pasti Pembayar Dan Tujuan Pembayarannya Dalam Rekod Bank Yang Didaftarkan Atas Nama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (Ppz-Maiwp)
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN JUMLAH WANG YANG TIDAK DAPAT DIKENAL PASTI PEMBAYAR DAN TUJUAN PEMBAYARANNYA DALAM REKOD BANK YANG DIDAFTARKAN ATAS NAMA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ-MAIWP) Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-87 yang bersidang pada 27 Ogos 2014 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Jumlah Wang yang Tidak Dapat Dikenal Pasti Pembayar dan Tujuan Pembayarannya dalam Rekod Bank yang Didaftarkan atas Nama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Fatwanya adalah seperti yang berikut:
Apa-apa jumlah wang yang terdapat dalam apa-apa rekod bank yang didaftarkan atas nama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang tidak dapat dikenal pasti pembayar dan tujuan pembayarannya adalah dikategorikan sebagai zakat harta.
Bertarikh 14 Ogos 2020 Dated 14 August 2020 [PMWP/100/20/Klt.5; PN(PU2)530/XIV]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2020-7991aad1
