Fatwa Berkenaan Dengan Anak Tidak Sah Taraf Dan Penasaban Anak Tidak Sah Taraf
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN ANAK TIDAK SAH TARAF DAN PENASABAN ANAK TIDAK SAH TARAF
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Bil. 4 yang bersidang pada 13 September 2017 bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1438H telah membincangkan perkara berkenaan dengan Anak Tidak Sah Taraf dan Penasaban Anak Tidak Sah Taraf. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Anak tidak sah taraf ialah—
(a) anak yang dilahirkan hasil—
(i) persetubuhan yang berlaku sebelum akad nikah sama ada akibat zina atau rogol; atau (ii) melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum Syarak, dan bukan anak yang dilahirkan hasil daripada persetubuhan syubhah atau bukan anak perhambaan; atau (b) anak yang dilahirkan dalam tempoh kurang daripada enam bulan mengikut takwim qamariah dari tarikh akad nikah.
2. Anak tidak sah taraf dalam perenggan 1— (a) boleh dinasabkan, iaitu dibinkan atau dibintikan kepada— (i) nama ibunya; (ii) nama datuk wa in ‘alaw (dan ke atas) sebelah ibunya; (iii) nama “Abdullah”; atau (iv) mana-mana nama asma’ ul-husna yang hendaklah dimulai dengan nama “Abdul” sebelum nama asma’ ul-husna itu; (b) tidak boleh dinasabkan, iaitu dibinkan atau dibintikan kepada— (i) bapa biologinya; atau (ii) suami ibunya (bukan bapa biologinya).
Bertarikh 15 September 2017 Dated 15 September 2017 [PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/XI] DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2017-a264390e
