Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

Fatwa Mengenai Kutipan Sumbangan Dan Pergerakan Tabung Masjid Sewaktu Khatib Berkhutbah Di Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK 4/100/2017 27 FEBRUARI 2017

FATWA MENGENAI KUTIPAN SUMBANGAN DAN PERGERAKAN TABUNG MASJID SEWAKTU KHATIB BERKHUTBAH DI MASJID-MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke- 100/2017 yang bersidang pada 27 Februari 2017 telah memutuskan bahawa: 1. HARAM1 menggerakkan tabung atau mengutip sumbangan ketika khutbah disampaikan oleh khatib pada Hari Jumaat. 1 Keputusan ini dibuat berdasarkan dalil-dalil yang berikut: a) Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya: “Apabila kamu berkata ‘diam’ kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika Imam membaca khutbah maka sia-sialah Jumaat kamu.” (Riwayat al-Bukhari: 892 dan Muslim: 851) b) Ali R.A meriwayatkan:

Maksudnya: “Bahawa sesiapa yang Jumaatnya sia-sia dia tidak dapat apa-apa kelebihan dan pahala yang diharapkan daripada Jumaatnya itu.” (Riwayat Abu Daud: 1051) Larangan berkata-kata di sini termasuklah juga menulis bagi mengelakkan situasi berhelah seperti orang menggunakan SMS, Whatsapp dan lain-lain ketika khatib sedang berkhutbah dengan alasan, “Kami tidak bercakap tetapi hanya menulis.” Ini dikuatkan dengan hadis daripada Abu Hurairah R.A:

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyapu (bermain-main) batu kerikil (ketika Jumaat) maka hal itu sia-sia.” (Riwayat Muslim: 857)

2. Walaupun begitu, dengan memahami keperluan dan dana kewangan yang kukuh dalam mengimarahkan masjid serta aktivitinya, mesyuarat mencadangkan seperti berikut:

i. Tabung digerakkan selepas solat Jumaat.

ii. Kutipan oleh petugas bergerak di hadapan Jemaah bagi setiap saf dengan membawa karung atau bekas selepas solat Jumaat.

iii. Kutipan juga boleh dilakukan sebelum azan.

iv. Dalam kutipan secara bergerak dengan petugas, hendaklah mengelakkan daripada melintas orang yang sedang solat.

v. Perlu diambil kira tempat yang sesuai ketika memungut derma untuk masjid.

vi. Begitu juga khatib boleh menggalakkan derma kepada masjid dan mendoakan kepada penderma pada akhir khutbahnya sebagai salah satu kempen untuk menggalakkannya.

vii. Kempen melalui slogan dan fadhilat derma di skrin LED masjid kecuali ketika khutbah dan solat dijalankan.

Bertarikh 27 Februari 2017 MJKPHSWP Kali ke 100/2017

DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Berkata Imam Nawawi Rahimahullah: “Pada hadis ini terdapat larangan bermain dengan batu dan selain daripada jenis itu kerana itu adalah sebahagian daripada perbuatan sia-sia ketika khutbah (Jumaat). Di sini terdapat isyarat agar ditujukan hati dan anggota badan semata-mata kepada khutbah.”

(Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan kepada kita perbuatan seperti menegah saudaranya bercakap atau bermain dengan anak batu dianggap sebagai perbuatan sia-sia dan tidak dibenarkan. Hal ni bertujuan supaya:

i. Fokus diberi kepada isi kandungan khutbah yang disampaikan oleh khatib. ii. Tidak menganggu Jemaah yang lain.

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2017-40b42f99