Fatwa Berkenaan Dengan Kursus Esq Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya
(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut:
(i) mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas1, dan fahaman pluralisme agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar.2 Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
(ii) mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah SWT semata-mata (al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah).
(iii) mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, "SQ" adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala "God Spot"
1 Perlu difahami bahawa ideologi liberalisme lebih menjurus kepada bidang politik dan ekonomi, dengan prinsip-prinsip utama yang didukung antaranya ialah kebebasan individu, hak pemilikan harta dan pasaran bebas. Adapun mentafsir nas-nas agama secara longgar dan bebas, maka ia disebut sebagai ajaran Islam liberal. 2 Fahaman yang membenarkan semua agama ini tertolak berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Surah Ali ‘Imran: 19)
adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (Al-Hajj, ayat 46).3
Salah satu daripada program ESQ yang dianjurkan.4
(iv) menekankan konsep “suara hati"5 atau "conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati
3 Firman Allah SWT:
Maksudnya: Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah Al-Hajj: 46)
4 Sumber gambar: Laman web ESQ Leadership Center [https://esqtraining.com]
5 Konsep suara hati sebenarnya wujud dalam Islam. Tsabit bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya: Wahai Wabisah! Mintalah fatwa dari hatimu dan tanya dirimu, (dan Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali). Kebaikan itu adalah apa yang hatimu berasa senang padanya, Manakala dosa pula ialah apa yang membuatkan hatimu tidak tenteram, dan berbolak-balik. Riwayat Ahmad (17545)
adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut: "In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely inviolable and sacrosanct centre of the personas human as responsible for her or his decisions". Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekananda: "The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them". Menurut Imam Abu al-Abbas, pendapat demikian adalah zindik dan kufur.
(v) menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.6
Namun penilaian suara hati ini tidaklah digunakan untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, namun ia hanya digunakan dalam situasi-situasi yang tidak jelas dan samar-samar. 6 Dalam akidah Islam, akal merupakan salah satu sumber ilmu pengetahuan. Menurut Imam al-Nasafi dalam matan aqidah beliau al-‘Aqaid al-Nasafiyyah:
Maksudnya: Sebab-sebab ilmu bagi ciptaan ada tiga: Pancaindera yang sejahtera, khabar yang benar dan akal.
Menurut epistemologi (teori ilmu) Islam, akal menempati martabat yang tinggi selaku salah satu daripada tiga sumber utama yang dapat menyampaikan seseorang insan kepada ilmu pengetahuan. Diriwayatkan bahawa Imam al-Ghazali pernah berkata: “Akal itu laksana tapak binaan, syarak pula seperti bangunan; akal itu umpama penglihatan sedangkan syarak pula cahaya yang meneranginya; akal itu seperti nyalaan pelita manakala syarak itu minyak yang menghidupkannya.” (Dipetik dari buku Aqal Dalam Islam: Satu Tinjauan Epistemologi, karya Mohd Zaidi bin Ismail (2016), terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia, hal. 47)
Islam merupakan satu agama yang mengiktiraf martabat dan peranan akal dalam segenap aspek kehidupan. Dalam al-Quran al-Karim, terdapat banyak ayat yang menyeru manusia supaya berfikir dan menggunakan akal. Lafaz-lafaz seperti “tidakkah mereka berfikir”, “tidakkah mereka merenung”, “tidakkah mereka mentadabbur al-Qur’an” dan lain-lain.
(vi) mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulamak kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al- Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi AS.7
(vii) menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission".8 Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada
Islam bukan satu ajaran yang memaksa pengikutnya mengikut membuta tuli tanpa berfikir, bahkan Islam mengecam dan menempelak amalan taqlid secara semberono. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang? (Surah Luqman: 21)
Walaupun begitu, kedudukan akal dalam Islam tidaklah mutlak kerana akal juga mempunyai kemampuan dan had tertentu sepertimana kemampuan mata, telinga yang juga mempunyai had masing-masing. Ada hal-hal tertentu yang tidak mampu difikirkan oleh akal seperti perkara-perkara ghaib (ghaybiyyat), antaranya kewujudan syurga dan neraka, azab kubur dan lain-lain. Dalam hal ini naqal atau wahyu diperlukan untuk menjelaskannya kepada manusia melalui perantara seorang Rasul atau Nabi. 7 Antara golongan yang menolak mukjizat para Rasul dan Anbiyaa’ ialah kelompok Muktazilah (Lihat al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri’ al-Islami, hlm. 138) 8 Rasyad Khalifah merupakan seorang pemikir kelahiran Mesir yang kemudiannya menjadi warganegara Amerika Syarikat. Dia telah menubuhkan satu pertubuhan bernama United Submitters International (USI).
Antara ajaran yang dibawa ialah Quran mengandungi satu struktur matematikal berasaskan nombor 19, selain mengkaji kekerapan perkataan dan ayat dalam al-Quran menggunakan komputer. Khalifa al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.
(viii) menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
(ix) mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa AS diselamatkan daripada Fir'aun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekananda: "When Jesus healed, they called it a miracle". What is a miracle? A supernatural even says the dictionary. "Applied Raja Yoga", says the Yogi. "Just because you don't understand it, you call it a miracle. We know what it's about. It's natural to us".
juga mengaku sebagai pesuruh Tuhan dan Malaikat Jibril sendiri memberitahunya bahawa firman Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, (Surah Yasin: 3) Sebenarnya ditujukan kepadanya, dan dialah rasul yang dimaksudkan.
Swami Vivekananda (12 Januari, 1863 - 4 Julai, 1902) merupakan seorang rahib Hindu dan pengikut utama Sri Ramakrishna. Beliau ialah tokoh utama yang memperkenalkan falsafah Vedanta dan Yoga di negara-negara Barat pada akhir kurun ke-19.
(x) mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one". Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat. Dalam konteks akidah, "triple one" digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku "Christianity for Dummies", ketika menghuraikan konsep ini menyatakan: "The Trinity: How I+1+1 Equals 1. Christianity says that God is Trinity - one God expressed in three beings. The term trinity means:"three-oneness".
(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a).
Bertarikh 10 Jun 2010 [PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/VI]
DATO’ HJ. WAN ZAHIDI BIN WAN TEH, Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2010-dadb9eea
