Fatwa Berkenaan Ajaran Abdul Rahim Bin Abdul Razak
1. Bahawa ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah1 dan menyeleweng dari ajaran Islam.
2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak wajib bertaubat2.
Bertarikh 29 Mac 2004 [PMWP/100/20: PN(PU2)530/III]
1 Ahlussunnah Mereka yang berpegang dengan sunnah Nabi SAW, para sahabatnya dan yang mengikut mereka serta berjalan mengikut perjalanan mereka dalam aqidah, ucapan dan amalan. Mereka juga beristiqamah dalam mengikut (sunnah) dan menjauhi bid’ah (munkarah). Mereka kekal, zahir dan didukung sehingga hari kiamat. Maka mengikuti mereka mendapat petunjuk sedangkan menyalahi mereka adalah kesesatan. (Lihat al-Wajiz fi ‘Aqidah al-Salaf, hlm. 36) 2 Taubat menurut Ibn Abbas ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula. (Lihat al-Ta’rifat, 1/70)
PROF. DR. MOHAMMED YUSOFF BIN HUSSAIN, Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2004-959faeb2
