Fatwa Berkenaan Ajaran Azhar Bin Wahab
1. Bahawa ajaran Azhar bin Wahab1 didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam
Azhar bin Wahab.
2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab wajib bertaubat.
Bertarikh 26 Februari 2004 [PMWP/100/20: PN PU2)530/III]
1 Azhar bin Wahab berasal dari Kulim Kedah. Beliau menggunakan gelaran sebagai Yang Mulia Raja Azhar ibni Raja Wahab. Beliau mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah, mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta mendakwa didampingi oleh Pak Syeikh atau wali Allah.
Beliau juga pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khidir sedang tubuhnya berada di Damansara dan setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai. Beliau juga mendakwa mempunyai bala tentera dan pesawat ghaib, mempunyai masjid jin Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubung di Sarawak. (Lihat akhbar Utusan Malaysia, 12 Februari 2010. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0212&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm )
PROF. DR. MOHAMMED YUSOFF BIN HUSSAIN, Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2004-9f327d6b
