Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الحج والعمرة

Kedudukan Orang Yang Diisytiharkan Bankrap Pergi Menunaikan Haji Ke Mekah

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

3/52/1999 01 JULAI 1999

KEDUDUKAN ORANG YANG DIISYTIHARKAN BANKRAP PERGI MENUNAIKAN HAJI KE MEKAH

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 52/1999 yang bersidang pada 01 Julai 1999 telah memutuskan bahawa:

1. Jabatan pemegang harta adalah merupakan pemegang amanah kepada pemiutang. Pemiutang adalah mempunyai hak sama ada untuk menahan atau membenarkan penghutang pergi ke luar negeri.

2. Muflis (bankrap) wajib terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pemiutang (bank/institusi kewangan) atau wakilnya sebelum meninggalkan negara sama ada untuk menunaikan haji atau lainnya.

Bertarikh 01 Julai 1999 MJKPHSWP Kali ke 52/1999 DATUK HAJI MD. HASHIM BIN HAJI YAHYA Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1999-276b8868