Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾العقيدة

Fatwa Berkenaan Ajaran Syed Mohamad Al Masyhor (Tarikat Islam Muhamad S.a.w Habibullah Al-Hashimi)

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

7/52/1999 01 JULAI 1999

AJARAN SYED MOHAMAD AL MASYHOR (TARIKAT ISLAM MUHAMAD S.A.W HABIBULLAH AL-HASHIMI)1

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 52/1999 yang bersidang pada 01 Julai 1999 telah memutuskan bahawa:

1. Ajaran Syed Al Masyhor atau Tarikat Islam Muhamad S.A.W Habibullah Al- Hashimi bukan dari ajaran Islam.

2. Sebarang fahaman atau ajaran agama yang diasaskan dan dibawa oleh Syed Mohamad Al Masyhor atau anak-anaknya atau pengikut-pengikutnya adalah salah dan bukan dari ajaran Islam.

Bertarikh 01 Julai 1999 MJKPHSWP Kali ke 52/1999 DATUK HAJI MD. HASHIM BIN HAJI YAHYA Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

1 Ciri-ciri ajaran dan amalan-amalan kumpulan املش yang diketuai oleh Syed Mohamad Al

Masyhor adalah sama dengan ciri-ciri dan amalan-amalan kumpulan Ikhwan yang diketuai oleh Syed Mohamad Al Masyhor. Ajaran kumpulan Ikhwan yang diketuai oleh Syed Mohamad Al Masyhor telah pum difatwakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan diwartakan melalui P.U.(B) 653 bertarikh 10.12.87 yang menyambut bahawa ajaran yang dibawa dan diperkembangkan oleh Syed Mohamad Al Masyhor dan pengikutnya bukan dari ajaran Islam. Oleh itu, orang Islam adalah ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.

Kerajaan negeri Selangor melalui warta SEL. P.U. 14 bertarikh 24.9.98 yang menyebut bahawa ajaran kumpulan املششششششش (Syed Mohamad Al Masyhor) sebagai menyeleweng dari ajaran sebenar.

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1999-06e38c76