Fatwa Berkenaan Pertandingan Ratu Cantik Dan Golongan Anti-Hadith
[Pertandingan Ratu Cantik]
1. Pertandingan Ratu Cantik1 Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
[Golongan Anti-Hadith]
2. Golongan Anti Hadith A. Bahawa -
i. buku yang bertajuk "Hadith Satu Penilaian Semula" dan "Hadith Jawapan Kepada Pengkritik" yang ditulis oleh Kassim Ahmad2 dan isi kandungannya;
1 Miss World merupakan satu pertandingan kecantikan antarabangsa yang dipelopori oleh Eric Morley pada tahun 1951 dan pertama kali diadakan di Inggeris. (Lihat Beauty Queen: Here She Comes oleh Elissa Stein & Lee Meriwether, hlm. 45) Selain Miss World, terdapat juga Miss Universe dan Miss International dengan konsep yang sama. (Lihat Wikipedia Ensiklopedia Bebas pada tajuk Miss World, https://id.wikipedia.org/wiki/Miss_World)
Miss Malaysia atau Ratu Malaysia adalah gelaran kepada gadis Malaysia yang memenangi pertandingan ratu cantik di peringkat negara sebelum dihantar untuk bertanding di peringkat antarabangsa. (Lihat Wikipedia Ensiklopedia Bebas pada tajuk Miss Malaysia, https://ms.wikipedia.org/wiki/Miss_Malaysia)
Pertandingan ratu cantik biasanya dijalankan dengan menayangkan tubuh badan tanpa mengenakan pakaian yang lengkap. Ini membawa perlakuan mendedahkan aurat kepada bukan mahram lantas boleh terjerumus kepada satu dosa besar. Begitu juga ia dianggap merendahkan maruah wanita dengan gambaran dieksploitasi sebagai objek seks selain tidak memberi sebarang faedah untuk pembangunan sosial.
2 Kassim Ahmad dilahirkan pada 9 September 1933 di Bukit Pinang, Kota Setar dan meninggal pada 10 Oktober 2017. Beliau merupakan pelopor utama kepada gerakan anti hadis di Malaysia bersama-sama rakannya yang lain, Othman Ali dan Abdul Manan Harun. Mereka membawa teori bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik melalui akal semata-mata. Idea tersebut kemudiannya dikembangkan menerusi penulisan artikel yang bertajuk Penolakan Teori Ahli -ahli Hadis dalam ruangan Berani Kerana Benar dalam akhbar Watan.
ii. buku yang bertajuk "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu- Hadith di dalam Al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman3 dan isi kandungannya;
Pada September 1985, beliau telah menganjurkan sebuah Majlis Diskusi yang membahaskan berkenaan Teori Hadis di Pejabat ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang dan juga di rumah beliau sendiri di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Berikutan itu, beliau telah dikecam oleh para ulama atas doktrin sesatnya itu dan pihak kerajaan telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancang untuk diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Seterusnya pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Di dalam buku tersebut, Kassim menceritakan bagaimana dia mendapat idea berkenaan penilaian semula hadis berasaskan pembacaannya melalui buku-buku tulisan Rashad Khalifa seperti The Computer Speaks: God’s Message to the World, Quran The Final Scripture, Quran, Hadith and Islam, dan Quran Visual Presentation of the Miracle. Kassim Ahmad juga cuba untuk membuktikan andaiannya bahawa hadis merupakan satu ajaran palsu yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai salah satu dari punca perpecahan dan kemunduran umat Islam. (Lihat Golongan Anti Hadis: Isu Dan Cabaran oleh Abur Hamdi Usman et. al, hlm. 13)
Pada Oktober 1992 pula, Kassim Ahmad sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila beliau menulis sebuah buku yang bertajuk "Hadith Jawapan Kepada Pengkritik" terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama iaitu menolak hadith. (Lihat Gerakan Anti Hadith Moden: Kajian Terhadap Penyebaran Pemikiran Melalui Internet oleh Ahmad Sanusi Azmi et. al dalam Jurnal Penyelidikan Islam Bil 24/2011, hlm 187-188)
3 Idris Abdul Rahman adalah salah seorang daripada golongan yang menolak hadith. Antaranya kefahaman menyeleweng yang dikenalpasti adalah dakwaan bahawa dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat Islam adalah dilarang oleh Al-Qur’an, kerana beralasan syahadah yang diwajibkan hanyalah “la ilaha illallah.” Tulis beliau dalam bukunya, Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu: Hadith di dalam Al-Qur’an, (hlm. 316): “Beriman kepada Nabi pada mereka bermakna beriman kepada hadithnya. Mereka gunakan dua kalimah syahadah sebagai bukti mereka. Kata iii. buku yang bertajuk “Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali4 dan isi kandungannya;
mereka syahadah kepada Allah tidak boleh dipisahkan dari syahadah kepada Rasul. Ini sahaja mereka sudah mempersekutukan Allah dengan Rasul seolah-olah Allah tidak boleh berdiri dengan sendirinya.”
Beliau juga termasuk antara yang menafikan berlakunya perkara “ghaib selepas mati”, seperti wujudnya seksaan kubur selepas mati. Beliau memberi alasan bahawa ia tidak disebut di dalam al- Qur’an selain mendakwa bahawa hadith-hadith mengenainya adalah palsu belaka. Idris Abdul Rahman menulis dalam bukunya “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu: Hadith Di Dalam Al- Qur’an”, hlm. 269: “Hamdan tak jumpa dalam Al-Qur’an. Ajaran ada seksa kubur menunjukkan seolah-olah Nabi mengajar yang Tuhan itu tak adil dan zalim. Dia melaksanakan hukuman sebelum dihukum atau didengar dan dibuktikan apa-apa kesalahan. Ini semua hadith palsu.”
Beliau juga didapati telah mencerca dan memfitnah para ulama dengan berbagai tuduhan, sepertimana tulisan dalam buku yang sama: “Seperti Samiri yang telah menggunakan ‘berhala anak lembu’ yang telah dibentuk atas arahannya untuk menyesat dan menindas umat Nabi Musa, begitu juga ulama’ hadith yang lampau ini telah menyesat dan menindas umat Muhammad dengan menggunakan hadith Nabi rekaan mereka. Melalui ajaran mereka, orang-orang Islam telah menjadi orang-orang Musyrik penyembah berhala atau penyembah ulama’ yang telah membentuk hukum-hakam rekaan mereka melalui apa yang mereka katakan sebagai hadith Nabi. Bukanlah berhala anak lembu yang telah menyesatkan umat Nabi Musa bahkan Samiri. Dan bukanlah hadith Nabi yang telah menyesatkan umat Nabi Muhammad bahkan ulama’ hadith yang lampau ini.” (Lihat “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu: Hadith Di dalam Al-Qur’an”, hlm. 147)
4 Othman Ali adalah merupakan salah seorang yang mempelopori gerakan anti hadith di Malaysia di samping Kassim Ahmad dan Abdul Manan Harun. Beliau dalam karyanya berjudul “Bacaan” (makna kepada perkataan al-Quran dalam bahasa Melayu), memaparkan pegangannya yang diresapi ajaran anti hadith yang menyeleweng. Kandungan-kandungan dalam buku “Bacaan” adalah himpunan apa yang disebut sebagai “tafsiran selapis” beliau kepada setiap ayat al-Quran yang dalam bahasa Arab sedangkan beliau sendiri pernah mengakui bahawa beliau tidak begitu arif dan menguasai bahasa Arab.
Antara ciri-ciri kesalahan beliau yang lain ialah kefahamannya yang bercanggah dari sudut Syari’ah, iaitu beliau didapati menolak pensyariatan sembahyang. Dalam satu kenyataannya, beliau didapati telah menyelewengkan proses pensyariatan sembahyang. Katanya: “Sembahyang hanya tiga kali sehari iaitu Subuh, Maghrib dan `Isya’, tapi ulama’ mengajar kita sembahyang lima kali sehari. Ini satu pembohongan.”
Begitu juga dengan tafsirannya yang terpesong daripada pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran. Sebagai contoh, ayat 114 Surah Hud telah diselewengkan tafsirannya dengan maksud bahawa sembahyang hanya tiga kali sehari, iaitu Subuh, Maghrib dan Isya'. Akhbar Utusan telah melaporkan: "Othman memberikan contoh surah 11:114 yang berbunyi: ‘Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang Buku Othman Ali bertajuk Bacaan iv. buku yang bertajuk "The Computer Speaks-God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa5 dan isi kandungannya:
dan awal malam’. Ayat ini bermakna sembahyang hanya tiga kali sehari, iaitu Subuh, Maghrib dan ‘Isya’.” (Lihat laporan dalam akhbar Utusan Malaysia, 14 Julai 1995) Sembahyang juga, kata beliau minimumnya satu raka`at sahaja dan umat Islam juga boleh menggunakan apa sahaja bahasa semasa menunaikannya, termasuk semasa membaca Surah Al-Fatihah.” (Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 14 Julai 1995)
Golongan ini juga didapati menyeleweng dari sudut aqidah apabila menolak dua kalimah syahadah. Dalam satu kenyataan, Othman Ali berkata: “Al-Qur’an turut menyebut bahawa syahadat itu tiada Tuhan melainkan Allah sedangkan ulama’ mengajarkan kepada kita bahawa syahadat itu termasuklah juga bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bukan sahaja syahadat kita salah, malah ia juga mengakibatkan sembahyang kita salah kerana menyebut nama Nabi semasa tahiyyat awal dan akhir.” (Lihat kenyataan Othman Ali dalam akhbar Utusan Malaysia, 14 Julai 1995)
5 Rashad Khalifa merupakan lulusan biokimia dari Amerika Syarikat dan berasal dari Mesir. Beliau telah memperkenalkan kod 19 yang merupakan satu penyelewengan besar dalam pentafsiran al-Quran. Beliau merupakan orang yang mendakwa sebagai pencipta suatu teori baru yang dikenali sebagai Kod 19. Dengan Kod 19 kononnya, kandungan Qur’an dapat dibuktikan datang dari Allah dan bukan ciptaan manusia, kerana sangat banyak perhitungan huruf, ayat dan surah dalam Qur’an, yang jumlahnya 19 atau boleh dibahagi dengan 19 tepat. Ada orang menamakan angka seperti itu sebagai angka canggih. Sebarang angka yang boleh dibahagi tepat dengan 19 dipanggil canggihan19. Oleh kerana canggihan 19 terdapat disana sini di dalam Qur’an, maka ia dianggap sebagai mu’jizat Qur’an.
Berikutan dengan penemuannya yang dianggap luarbiasa itu, Rashad Khalifa menulis beberapa buah buku yang menghuraikan sistem canggih 19. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat penambahan kepada al-Quran pada surah al-Taubah iaitu pada dua ayat yang terakhir. Hal ini kerana menurutnya ayat-ayat tersebut tidak dapat diselaraskan melalui kod 19 itu. Menurut beliau lagi, hadis bukan sahaja Antara kandungan di dalam buku "The Computer Speaks-God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa
v. risalah "Iqra" terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia6 dan isi kandungannya; dan apa-apa terjemahan buku atau risalah yang disebut
dianggap palsu malah ia merupakan ciptaan Iblis. Maka, sesiapa yang mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis. Pendapat-pendapat beliau yang menyeleweng terhadap hadis itu dapat dilihat melalui buku- buku tulisannya seperti: Miracle of the Quran: Significance of the Mysterious Alphabets, The Computer Speaks: God's Message to the World, Qur'an: The Final Scripture, Qur'an: Visual Presentation of the Miracle, and “Islam dan Qur'an: The Final Testament.” (Lihat Autoriti Hadis Menangani Gerakan Anti Hadith oleh Ishak Hj. Sulaiman, hlm. 50. Lihat juga Golongan Anti Hadis: Isu Dan Cabaran oleh Abur Hamdi Usman et. al, hlm. 4-5)
6 Jema’ah al-Quran Malaysia (JAM) merupakan sebuah organisasi di mana idea penubuhannya dibawa oleh Kassim Ahmad pada 16 Mei 1993 di Rumah Persatuan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Namun begitu, secara rasminya penubuhan Jema’ah Al-Quran Malaysia bermula pada 11 Jun 1995 bersamaan 1 Muharam 1416 Hijrah bertempat di Rumah Universiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur melalui hasil Mesyuarat Penubuhan Jema’ah Al-Quran Malaysia. (Lihat “Mengalu-alukan Penubuhan JAM”, dalam Siaran Iqra’, Jil, 3 Bil. 3, Hlm 2. Lihat juga Sejarah Pemikiran Jema’ah Al-Quran Malaysia: Suatu Penilaian terhadap Risalah Siaran Iqra’ dari Tahun 1993-an hingga Tahun 1995-an oleh Md Hasri Rajali, hlm. 116) Istilah Jemaah al-Quran atau al-Quraniyyun seringkali digunakan oleh golongan anti hadis yang kononnya menyeru supaya kembali kepada ajaran al-Quran, tetapi pada masa yang sama mengajak supaya meninggalkan hadis melalui syubhat yang sengaja direka oleh mereka bagi mengelirukan orang ramai. (Lihat Anti Hadis, Inilah Jawapannya oleh Zulkifli Mohamad al-Bakri, hlm. 36)
dalam butiran (i) hingga (v) dan isi kandungannya dalam mana-mana bahasa, adalah mengandungi ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam dan membawa kepada murtad, oleh itu adalah diharamkan. B. Bahawa mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) adalah sesat kerana ia bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam. C. Bahawa pengharaman ini meliputi - (i) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan Terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang merangkumi kesemua tujuannya atau salah satu daripada tujuannya iaitu pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;7
7 Istilah Ahli Sunnah Wal-Jamaah bukanlah nama sebuah parti politik atau mazhab yang diasaskan oleh ulama. Sebaliknya ia merupakan istilah yang berasal daripada nas-nas syarak yang banyak. Bagi istilah al-Sunnah, Rasulullah SAW pernah mengungkapkannya dengan makna wahyu yang selain daripada al- Qur’an. Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagimana kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya.” Riwayat al-Baihaqi (20123) Istilah al-Sunnah juga digunakan untuk merujuk kepada perkara yang mempunyai dalil syarak, sama ada daripada al-Qur’an mahupun sunnah Rasulullah SAW dan ijtihad para sahаbat. Antaranya sabda Baginda SAW:
Maksudnya: “Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah para Khulafа’ al-Rаshidіn al- Mahdiyyіn.” Riwayat al-Tirmizi (2676) Pada ketika yang lain, al-Sunnah diucapkan oleh Rasulullah SAW bagi menyerlahkan maksud lawan kepada bid‘ah yang dilarang. Antaranya hadith yang menegah tiga orang al-sahаbah yang berhasrat untuk bersolat sepanjang malam, berpuasa sepanjang tahun dan menegah diri daripada berkahwin. Baginda SAW lalu bersabda:
Maksudnya: “Adapun demi Allah, sesungguhnya aku orang yang paling takut kepada Allah dalam kalangan kamu, paling bertaqwa dalam kalangan kamu kepada-Nya, namun begitu, aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur dan mengahwini wanita. Maka sesiapa yang membenci sunnahku, ia bukan daripada kalanganku.” Riwayat al-Bukhari (4776) Demikian juga hadith Rasulullah SAW mengenai golongan yang menunggu bintang-bintang muncul sebagai waktu berbuka puasa menerusi sabdanya:
Maksudnya: “Umatku sentiasa berpegang dengan sunnahku selagi mana ia tidak menunggu bintang-bintang keluar untuk membuka puasanya.” Riwayat Ibn Hibban (3510) Berpandukan dalil-dalil tersebut, jelas menunjukkan perkataan al-Sunnah bukan istilah yang datang kemudian, sebaliknya ia bersumberkan lisan Rasulullah SAW sendiri. Walaupun istilah tersebut tidak terkandung dalam al-Qur’an, namun begitu, terdapat konotasi al-Sunnah yang jelas dalam setiap ayat yang merujuk kepada perintah mengikuti Rasulullah SAW sama ada berbentuk suruhan mahupun larangan. Antaranya, firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya, dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Hasyr: 7) Adapun istilah al-Jamа‘ah, ia kerap kali digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadith-hadith Baginda. Hadith yang paling masyhur adalah sabda Baginda:
Maksudnya: “Dan sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan (mengikut hawa nafsu), semuanya di dalam neraka kecuali satu iaitu al-Jamа‘ah.” Riwayat Ibn Majah (3993) Berdasarkan hadith ini dan beberapa hadith lain, para ulama telah menjelaskan siapakah golongan yang dimaksudkan dengan al-Jamа‘ah tersebut. Menurut al-Syаtibі, pada umumnya pendapat para ulama mengenai al-Jamа‘ah berkisar kepada beberapa pengertian. Pertama, ia bererti golongan majoriti dalam kalangan umat Islam yang terdiri daripada imam mujtahid, para ulama dan ahli syariah dan umat yang mengikuti mereka. Sebahagian hadis menyebut mereka sebagai al-sawаd al-a‘zam. Kedua, kumpulan para ulama mujtahid. Ketiga, para sahabat Rasulullah SAW. Keempat, umat Islam yang bersepakat atau berijmak atas sesuatu perkara. Ia juga kembali kepada golongan pertama atau kedua. Kelima, umat Islam yang bersatu mentaati seorang pemimpin. (Lihat al-I’tisam, 2/260-265) Setelah menukilkan pendapat-pendapat tersebut, beliau merumuskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan al-Jamа‘ah adalah merujuk kepada perhimpunan yang bersatu di bawah pemimpin atau imam yang menepati petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah. (Lihat al-I’tisam, 2/260-265)
Ini jelas menunjukkan bahawa perhimpunan ramai yang bersatu bukan atas dasar kedua-duanya adalah terkeluar daripada apa yang dimaksudkan dengan al-Jamа‘ah. Dengan kata lain, seandainya sesebuah kumpulan yang ramai itu tidak berada di atas petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, maka ia tidak boleh dikategorikan sebagai al-Jamа‘ah. Sebagaimana ungkapan Ibn Mas‘ud, “Al-Jamа‘ah adalah apa yang menepati kebenaran, sekalipun engkau berseorangan.” (Lihat I‘lam al-Muwaqqi‘іn, 3/397)
Secara ringkasnya, Ahli Sunnah Wal-Jamaah itu secara umumnya adalah golongan yang bermanhaj seperti berikut: “Mereka yang berpegang dengan sunnah Nabi SAW, para sahabatnya dan yang mengikut mereka serta berjalan mengikut perjalanan mereka dalam aqidah, ucapan dan amalan. Mereka juga beristiqamah dalam mengikut (sunnah) dan menjauhi bid’ah (munkarah). Mereka kekal, zahir dan didukung sehingga hari kiamat. Maka mengikuti mereka mendapat petunjuk sedangkan menyalahi mereka adalah kesesatan”. (Lihat al-Wajiz fi ‘Aqidah al-Salaf, hlm. 36)
Dalam konteks di Malaysia, golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dihukumkan sebagai sesat. Ini sebagaimana takrifan ajaran sesat yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti berikut: “Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan al-Qur’an dan al- Sunnah (iaitu hadis sahih) serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah”. (Lihat Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia, 57. Lihat juga Tashih Al-Mafahim #5: Kewajipan Melazimi Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang diterbitkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan -www.muftiwp.gov.my – pada 4 Disember 2018)
Antara buku yang ditulis dalam menjawab penyelewengan oleh anti hadith di Malaysia.
(ii) apa-apa bahan publisiti termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuklah suatu gambar gambarfoto, logo, poster, rajah, surat edaran, gelansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A); dan (iii) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran malangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu wayang gambar, pita rakaman atau rekod wala bagaimanapun ia dibuat daripada suatu imei berdasarkan penglihatan, yang merupakan rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat Yane menayangkan rangkaian itu sebagai gambar bergerak rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring hitam. fotografi, pita rakaman, cakera laser dan cakere nadat yang dirakamkan rakaman suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A). Oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A), menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran dan aktiviti lain yang bertujuan menghidupkan dan mengembangkan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A). Orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh mengaitkan kepada ajaran, pegangan atau fahaman di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan
Bertarikh pada 15hb Januari 1996 [JAWI/A/145; PM.(PU2)530.]
TAN SRI DATO’ ABDUL KADIR BIN TALIP, Mufti, Wilayah-Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1996-633edb43
