Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Fatwa Terhadap Golongan Anti Hadis

A. Bahawa –

i. Buku yang bertajuk “Hadis Satu Penilaian Semula” dan “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” yang ditulis oleh Kassim Ahmad1 dan isi kandungannya;

ii. Buku yang bertajuk “Pendedahan Kebenaran AdalahDari Tuhanmu – Hadis di dalam al-Quran” yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman2 dan isi kandungannya;

iii. Buku yang bertajuk “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali3 dan isi kandungannya;

1 Kassim Ahmad dilahirkan pada 9 September 1933 di Bukit Pinang, Kota Setar dan meninggal pada 10 Oktober 2017. Beliau merupakan pelopor utama kepada gerakan anti-hadis di Malaysia bersama-sama rakannya yang lain, Othman Ali dan Abdul Manan Harun. Mereka membawa teori bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik melalui akal semata-mata. Idea tersebut kemudiannya dikembangkan menerusi penulisan artikel yang bertajuk Penolakan Teori Ahli-ahli Hadis dalam ruangan Berani Kerana Benar dalam akhbar Watan.

Pada September 1985, beliau telah menganjurkan sebuah Majlis Diskusi yang membahaskan berkenaan Teori Hadis di Pejabat ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang dan juga di rumah beliau sendiri di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Berikutan itu, beliau telah dikecam oleh para ulama atas doktrin sesatnya itu dan pihak kerajaan telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancang untuk diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Seterusnya pada Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Di dalam buku tersebut, Kassim menceritakan bagaimana dia mendapat idea berkenaan penilaian semula hadis berasaskan pembacaannya melalui buku-buku tulisan Rasshad Khalifa seperti The Computer Speaks: God’s Message to the World, Quran The Final Scripture, Quran, Hadith and Islam dan Quran Visual Presentation of the Miracle. Kassim Ahmad juga cuba untuk membuktikan andaiannya bahawa hadis merupakan satu ajaran palsu yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai salah satu dari punca perpecahan dan kemunduran umat Islam. (Lihat Golongan Anti-Hadis: Isu Dan Cabaran oleh Abur Hamdi Usman et. al, hlm. 13)

Pada Oktober 1992 pula, Kassim Ahmad sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila beliau menulis sebuah buku yang bertajuk “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Dengan mesej yang sama iaitu menolak hadis. (Lihat Gerakan Anti Hadis Moden: Kajian Terhadap Penyebaran Pemikiran Melalui Internet oleh Ahmad Sanusi Azmi et. al dalam Jurnal Penyelidikan Islam Bil 24/2011, hlm. 187- 188)

iv. Buku yang bertajuk “The Computer Speaks-God’s Message To The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa4 dan isi kandungannya:

v. Risalah “Iqra” terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia5 dan isi kandungannya; dan apa-apa terjemahan buku atau risalah yang disebut dalam butiran (i) hingga (v) dan isi kandungannya dalam mana-mana bahasa, adalah mengandungi ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam dan membawa kepada murtad, oleh itu adalah diharamkan.

B. Bahawa mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) adalah sesat kerana ia bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

C. Bahawa pengharaman ini meliputi –

i. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan Terjemahannya, yang disebut dalam subperenggan (A) dan termasuklah apa-apa pegangan ideoogi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang merangkumi kesemua tujuannyan iaitu pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan iaitu suatu pegangan, amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah wal Jamaah;6

ii. Apa-apa bahan publisiti termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuklah suatu gambarfoto, logo, poster, rajah, surat edaran, gelansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan memberi publisiti Bertarikh 02 Januari 2001 Dated 02 Januari 2001 [PMWP/100/20;PN. (PU2)503/II]

DATUK HAJI MD. HASHIM BIN HAJI YAHYA Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1996-477752db