Fatwa Mengenai Saham Wakaf
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
2/37/1994 29 APRIL 1994
FATWA MENGENAI SAHAM WAKAF Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 37/1994 yang bersidang pada 29 April 1994 telah memutuskan bahawa: 1. Saham wakaf1 adalah harus berdasarkan maslahah ‘ammah dan kepentingan umat Islam.
1 1. Saham wakaf adalah: a. Mewujudkan satu wakaf musytarik melalui saham-saham dengan syarat wakaf atau yang kemudiannya diwakafkan. b. Mewakafkan saham-saham syarikat perniagaan dengan belian dan diwakafkan atau saham-saham yang telah sedia ada diwakafkan. 2. Amalan wakaf yang menepati hukum syarak hendaklah memenuhi 4 rukun asas iaitu: a. واقف iaitu pewakaf. b. موقوف – iaitu harta yang diwakafkan (dalam konteks wakaf saham ialah sijil saham itu yang dikira sebagai موقوف). c. موقوف عليه – iaitu penerima harta wakaf (dalam konteks saham wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah sebagai pemegang amanah harta wakaf kaum muslimin). d. صيغة – lafaz yang berkaitan dengan pelaksanaan saham wakaf.
2. Mesyuarat juga memutuskan “ayat” untuk kepentingan agama Islam dalam borang lafaz sighah ditukarkan “untuk kepentingan umat Islam / muslimin”.
3. Mesyuarat juga memutuskan supaya beberapa perkataan dalam borang surat sighah penyertaan wakaf ditukar, perkataan “pemilik saham” kepada “nazir saham” dan perkataan “untuk kebajikan Islam” kepada “untuk kebajikan umat Islam atau kaum muslimin”.
Bertarikh 29 April 1994 MJKPHSWP Kali ke 37/1994
TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
3. Setiap pembelian saham wakaf akan disediakan butir-butir berikut:
a. Borang pembelian saham b. Surat sighah wakaf c. Sijil saham wakaf d. Resit pembayaran saham wakaf
4. Harga saham: Setiap saham yang ditawarkan dijual dengan harga RM10.00, ia tidak dijual di dalam bentuk lot.
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1994-5f036e0c
