Pendermaan Organ Dari Orang Yang Meninggal Dunia
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
6/37/1994 29 APRIL 1994
PENDERMAAN ORGAN DARI ORANG YANG MENINGGAL DUNIA
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 37/1994 yang bersidang pada 29 April 1994 telah memutuskan bahawa:
1. Bersetuju supaya masalah ini dirujuk kepada keputusan yang telah dibuat di Perundingan Fatwa kali pertama pada 23 dan 24 Jun 1970 mengenai pemindahan anggota-anggota manusia sebagai keputusan jawatankuasa ini.1
1 Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23-24 Jun 1970 telah membincangkan berkaitan Pemindahan Jantung dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:
Di dalam keadaan yang mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan
Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan
Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.
Pemindahan organ juga dibenarkan bagi memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada tuntutan maqasid al-Syariah (objektif Syariah). Ia berasaskan kepada beberapa sumber seperti firman Allah SWT: Maksudnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Surah al-Baqarah (185)
2. Pemindahan anggota-anggota (iaitu jantung, buah pinggang) orang-orang yang mati kepada orang-orang yang hidup adalah dibenarkan dalam Islam dan di atas kebenarannya dengan mengambil kira pertimbangan berikut:
i. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahan diyakini
ii. Di dalam pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan
iii. Tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil suoaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.
Bertarikh 29 April 1994 MJKPHSWP Kali ke 37/1994
TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
Al-Qurtubi berkata: Dan wajah ayat ini bersifat umum pada lafaznya di dalam semua perkara yang berkaitan agama. (Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 1/201) Syeikh al-Maraghi berkata: Sekiranya dilakukan tanpa menimbulkan sebarang masalah atau kesukaran faktor orang yang melaksanakannya memandangkan tiada sebab yang mengharuskan keringanan hukum pada saat sedemikian. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/365)
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1994-f4cd0888
