Doa Dan Selawat Yang Dibaca Oleh Bilal Antara Dua Khutbah Jumaat
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
5/32/1992 28 DISEMBER 1992
DOA DAN SELAWAT YANG DIBACA OLEH BILAL ANTARA DUA KHUTBAH JUMAATi
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 32/1992 yang bersidang pada 28 Disember 1992 telah memutuskan bahawa:
1. Masa yang mustajab untuk berdoa diperselisihi oleh ulama dan termasuklah ketika imam duduk di antara dua khutbah.
2. Berdoa ketika imam duduk di antara dua khutbah adalah baik. Bagi masjid-masjid dan surau yang mendirikan solat Jumaat yang tidak mengadakan doa dan selawat yang dilakukan oleh bilal eloklah tidak dilakukan dan terserahlah kepada tiap-tiap jemaah untuk berdoa sendiri. Bagi yang telah mengadakan bacaan doa dan selawat amalan tersebut bolehlah dihentikan bagi memberi peluang kepada tiap-tiap jemaah berdoa sendiri atau hanya bilal melakukan bacaan doa mengikut amalan biasa iaitu:
3. Para khatib janganlah menyebut apa-apa perkataan atau ucapan setelah berkhutbah sementara bilal iqamah untuk mendirikan solat Jumaat.
4. Bilal hendaklah mengiqamahkan setelah hampir sampai ke sejadahnya.
Bertarikh 28 Disember 1992 MJKPHSWP Kali ke 32/1992
TAN SRI ABDUL KADIR BIN TALIP Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan i Masjid-masjid dan surau-surau yang mendirikan solat Jumaat mengadakan doa dan selawat yang dibaca oleh bilal ketika imam sedang duduk dan selesai membaca khutbah pertama.
Oleh kerana bentuk doa dan selawat tidak seragam dan ada yang panjang ada juga yang pendek. Jika panjang dibimbangi akan menyebabkan terputusnya syarat muwalah (berturut-turut) di antara dua khutbah berkenaan.
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1992-3c1ccaac
