Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

Orang Kafir Menziarahi Masjid

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

2/27/1988 5 DISEMBER 1988

ORANG KAFIR MENZIARAHI MASJID

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 27/1988 yang bersidang pada 5 Disember 1988 telah memutuskan bahawa:

1. Bahawa HARUS bagi orang kafir menziarahi masjid, walau bagaimanapun mesyuarat BERSETUJU menetapkan beberapa peraturan: a. Membuat lawatan dalam waktu yang ditetapkan b. Tidak memasuki dalam kawasan atau dewan sembahyang c. Pakaian hendaklah menutup aurat dan bersopan d. Tidak membuat bising serta tidak mencemarkan masjid dan kawasan-kawasannya e. Mematuhi arahan masjid atau petugas masjid

2. BERSETUJU kertas kerja tersebut diubahsuai dan dipanjangkan kepada Urusetia Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia.

Bertarikh 5 Disember 1988 MJKPHSWP Kali ke 27/1988 DATO’ SHEIKH OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1988-69ac7f35