Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾العقيدة

Ajaran Puan Khadijah Binti Ali

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

2/27/1988 5 DISEMBER 1988

AJARAN PUAN KHADIJAH BINTI ALI

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke 27/1988 yang bersidang pada 5 Disember 1988 telah memutuskan bahawa:

1. Ajaran yang dibawa oleh Puan Khadijah Binti Ali adalah satu ajaran yang bercanggah dengan ajaran islam; diantara:

a. Menyamakan sifat Allah dengan sifat Adam b. Menyatukan watak Allah, malaikat, adam dan iblis sebagai Allah mengikut keadaan. c. Menangis dalam sembahyang adalah syirik d. Mengingkari adanya israk dan mikraj

Bertarikh 5 Disember 1988 MJKPHSWP Kali ke 27/1988

DATO’ SHEIKH OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1988-0790ab94