Amalan Ilmu Kebatinan, Tahan Diri Kuasa Ghaib, Ajaran Syed Muhamad Al Masyhor, Ajaran Bahai Dan Tariqat Mufarridah
“(a) Bahawa ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahan diri (kuasa ghaib) yang diajar dan diamalkan oleh –
1. Nasrul Haq1
1 Nasrul Haq dikatakan berasal dari Minangkabau, Sumatera dan diasaskan oleh Syeikh Musa Paradik. Ada juga yang menyebut bahawa ia berasal dari Pagaruyong dan kemudian dibawa ke Jawa Barat. Antara-antara ciri-ciri kesesatan Nasrul Haq ialah: Amalan Nasrul Haq mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada pertentangan dengan akidah Islam. Amalan ini pada peringkat awalnya cuba berselindung di sebalik ayat-ayat suci Al-Quran dan petikan hadis Rasulullah SAW yang ada kaitannya dengan konsep mengingatkan Allah (zikrullah) dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai supaya yakin dengan ajaran ilmu ini. Penyelewengan di dalam ajaran ini mulai kelihatan apabila pemimpin atau khalifah ilmu ini telah mengakui bahawa ilmu ini boleh dipelajari dan diperolehi kesannya oleh orang-orang bukan Islam. Ini membuktikan bahawa amalan ilmu ini tidak lagi terikat dengan perkara zikir dan bacaan al-Fatihah lagi. Amalan Nasrul Haq boleh membawa suatu keyakinan kepada pengikut-pengikutnya bahawa mereka tidak perlu lagi menggunakan senjata untuk menentang musuh, malah memadai dengan berzikir sahaja untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah. Amalan Nasrul Haq tidak lagi memberi kesan yang baik dari segi dakwah, kerana mereka yang terlibat dengan ajaran ini mungkin sanggup melakukan perintah Allah dengan tujuan untuk mendapatkan kesan kuasa luar biasa yang terdapat di dalam ilmu ini sahaja, tetapi apabila mereka gagal mendapatkan kesan kuasa luar biasa tersebut, mereka akan kembali kepada peribadi mereka yang asal. Membaca surah al-Fatihah atau ayat-ayat suci Al-Quran adalah digalakkan, kerana membaca dan mengamalkannya adalah suatu ibadat yang semata-mata untuk mendapatkan keredaan daripada Allah. Tetapi jika dibaca dan diamalkan dengan tujuan untuk mendapatkan kekuatan luar biasa yang boleh dipertunjuk dan diperturunkan, maka itu bukan lagi ibadat. Bila perkara ibadat dilakukan bukan (dengan) tujuan beribadat, itu adalah mempersenda-sendakan ibadat dan dengan tidak disedari telah menipu diri sendiri dan Allah. Kesan kuasa luar biasa yang terdapat dalam amalan ilmu ini bukanlah merupakan suatu perkara yang mustahil akan berlaku, kerana kesemuanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Tetapi jika kesan luar biasa itu berlaku melalui saluran-saluran yang kotor, sama ada gurunya yang bersifat kotor atau melalui saluran rohani-rohani yang kotor seperti jin, syaitan dan Ifrit, maka hasilnya juga adalah kotor. Untuk mengetahui atau menganalisis sesuatu perkara - amalan atau kepercayaan - itu benar atau salah, tidak semestinya memeluk atau memasuki terlebih dahulu perkara tersebut, seperti mana untuk menyatakan sesuatu agama atau kepercayaan itu benar atau salah adalah lebih penting mengkaji serta menganalisis terlebih dahulu sebelum mengakui, memasuki atau 2. Budi suci2 3. Al watan 4. Budi suci sejati 5. Jawa Faradin 6. Silat sunda pukulan ghaib 7. Tusuk hikmat 8. Ilmu kebatinan 9. Potong maya 10. Naluri 11. Kaula 12. Haqqullah 13. Syahadah Rampai 14. Wali suci 15. Kalimat sakti 16. Silat pukulan jarak jauh
menyertainya. Tetapi untuk membuktikan sesuatu ilmu atau amalan itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar adalah tidak memadai dengan hanya mengemukakan alasan atau hujah yang berdasarkan kepada keterangan daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah bagi membuktikan kebenarannya yang hakiki. Pemimpin Nasrul Haq sering mengakui bahawa mereka adalah jahil dalam soal agama dan bersedia menerima nasihat serta teguran daripada ulama, maka sudah sewajarnya pihak penganjur ilmu ini menerima dengan hati yang terbuka segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan di dalam laporan kajian ini demi memelihara kesucian akidah Islam dan demi menyelamatkan umat Islam di negara ini, khususnya pengikut-pengikut amalan ini supaya tidak menyeleweng dari iktikad atau pegangan terhadap ajaran Islam yang sebenar.
2 Antara ciri-ciri ajaran Budi Suci ialah: Terdapat unsur-unsur Wahdatul Wujud di dalam amalan kebatinan ajaran kumpulan ini di mana dalam dua kalimah syahadah itu ada dua Nur iaitu Nur Muhammad dan Nur Allah. Mengaku bahawa asal usul itu berasal daripada perkataan “ALHAMDU” (الحمد). Mengatakan bahawa 13 rukun dalam solat 3 bahagian iaitu daripada Allah, bapa dan ibu. Mengubahsuai zikir dengan menyerupai kalimah Hindu (HU). Membahagikan qiblat kepada empat bahagian. Ada unsur-unsur tawassul di dalam zikir yang diamalkan. Mengatakan kalimah syahadah berasal daripada perkataan seperti Ujud, Kidam, Baqa’. Mengatakan fardhu bagi syahadah hanya dua perkara, sedangkan yang sebenarnya tiga. Asal kejadian manusia yang melalui 29 peringkat kejadian bermula daripada dalam zat Allah. (Lihat Warta Kerajaan Fatwa Negeri Melaka, 2 Ogos 2007)
17. Ilmu tenaga dalam hikmat 18. Zikir sha’ban 19. Islam haq 20. Asal wujud 21. Garis laksamana 22. Al Ma’zat bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu orang Islam adalah ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.3
[Ajaran Transcendental Meditation]
(b) Bahawa ajaran “Transcendental Meditation” yang diajar oleh Maharishi Mahesh Yogi dan kumpulannya bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu, orang Islam adalah ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.
Maharishi Mahesh Yogi
3 Kesemua ciri-ciri ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahan diri yang disenaraikan mengandungi unsur-unsur yang hampir sama dan menyeleweng di samping wujud kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
[Ajaran Syed Muhamad Al Masyhor]
(c) Bahawa ajaran yang dibawa dan diperkembangkan oleh Syed Muhamad Al Masyhor4 dan pengikutnya bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu orang Islam adalah ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.
[Ajaran Bahai]
(d) Bahawa ajaran Bahai5 bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu orang Islam adalah ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.
4 Antara ciri-ciri ajaran Syed Muhamad Al Masyhor ialah: Mengaku diri sebagai Rasul. Mendakwa boleh memberi syafaat kepada pengikut yang melakukan kesalahan.. Pada hakikatnya Rasul (Syed Muhamad Al Masyhor) pengganti Rasulullah itu telah bercantum dengan Allah. Kata-kata dan gerak-gerinya adalah Allah sendiri. Mendakwa Al-Quran yang sebenar ialah Nur Hakim Menggamalkan nikah batin. Pengikut ditegah bernikah dengan orang luar. Menegah berkahwin dengan bukan ahli. Pengikut ajaran ini dijamin masuk syurga. Menyalah tafsirkan Al-Quran. Menerbitkan buku bertajuk “Mengikut Jejak Rasulullah SAW” (Lihat Warta Kerajaan Jabatan Mufti Negeri Selangor, 24 September 1998)
5 Gerakan Bahaiyyah adalah sebuah ajaran yang muncul di wilayah Palestin beberapa ketika selepas tenggelamnya ajaran Babiyah di Iran berikutan tindakan oleh pemerintah. Ia dipimpin oleh Mirza Hussein Ali Nuri yang juga dikenali sebagai Baha’ullah. Beliau dilahirkan di Tehran pada tahun 1813 M dan meninggal dunia pada 1892 M. Beliau telah mendakwa dirinya sebagai khalifah atau wakil daripada Mirza Ali Muhammad untuk meneruskan ajaran Babiyah. Beliau kemudian mengutuskan surat kepada penguasa semua bangsa, menyatakan bahawa umat manusia akan bersatu kerana satu kesatuan peradaban atau ketamadunan global akan muncul. Namun, ketika agama ini dibawah pengaruh beliau, agama ini telah ditukar kepada agama Bahaillah atau Bahaiyyah iaitu bersempena dengan nama beliau. (Lihat Living Religions: An Encyclopaedia of the World's Faiths oleh Mary Pat Fisher, hlm. 417)
Agama Baha’i sehingga kini masih aktif dan diamalkan di barat. Daerah Akka dan Haifa yang terletak di utara Israel menjadi pusat kegiatan mereka. Berhampiran daerah Akka, wujud Kuil Baha’ullah yang menjadi kiblat serta merupakan tempat paling suci bagi pengikut ajaran ini. Kuil Abdul Baha yang terletak di daerah Haifa pula merupakan tempat kedua paling suci. (Lihat A Concise Encyclopedia of The Bahai Faith oleh Peter Smith, hlm. 71) Pengikut Baha’i adalah tidak termasuk daripada kalangan Baha′ullah di Dublin, Cheshire County, New Hampshire, Amerika Syarikat. Beliau merupakan pemimpin ajaran Bahai.
[Tariqat Mufarridah]
(e) Bahawa tarikat Mufarridah6 bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu orang Islam adalah ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.”
umat Islam. Hal ini sepertimana dijelaskan oleh para ulama’ Islam, malah pengikut Baha’i sendiri menolak dakwaan bahawa Ajaran Baha’i adalah cabang daripada agama Islam. (Lihat Baha'i Faith oleh Paula Hartz, hlm. 24)
6 Tariqat Mufarridiyah ini diajar oleh Syeikh Makmun bin Yahya yang berasal dari Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Utara. Beliau menetap lama di Mekah tetapi tidak banyak bergaul dengan alim ulamak kecuali tinggal di rumah seorang syeikh sahaja.
Nama tarikat ini diambil dari perkataan di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi: “ سبق المفردون” Yang diertikan oleh Syeikh Makmun: Terkehadapanlah (menang di dalam perlumbaan) orang yang menyebut Allah-Allah banyak-banyak.
Tarikat ini mula lahir pada tahun 1375H bersamaan 1955/ 56M di Tanjung Pura sekembalinya Syeikh Makmun dari Mekah ke kampungnya. Pada mulanya beliau membuka pengajian agama yang dimasukkan ilmu-ilmu yang ganjil seperti ilmu kebal. Ini berjaya mempengaruhi orang ramai dan ingin mempelajarinya. Al Mufarridun disebut sebagai mereka yang tinggal bersendirian menjauhkan diri dari manusia: dari perkataan Farrada (فرد) yang bererti menjauhkan diri dan bersunyi-sunyian untuk beribadat seolah-olah mengasingkan dirinya untuk beribadat kepada Allah ertinya mereka mengejar untuk mencapai perdampingan dan meningkat ke darjat-darjat yang tinggi. Apabila sambutan orang ramai menggalakkan. Maka kawasan rumahnya dijadikan "Rubat" bagi memperkembangkan pengajaran dan tarikat.
Bertarikh pada 2hb November 1987. [JAWI/A/145; PN. (PU2) 197/II.]
Acapkali apabila beliau diajukan pertanyaan, terlebih dahulu beliau akan memegang dan menggantungkan tasbih lalu bertanya kepada sesuatu yang tidak nampak di mata hadirin dengan penggilan Maulana. Setelah tasbih itu bergoyang-goyang maka jawapan akan diberi. Beliau akan menghukum kafir terhadap seseorang hanya dengan melakukan perkara tersebut. Beliau pernah memotong tangannya dengan parang tetapi tidak luka. Semenjak itu pengaruhnya semakin meluas.
Tarikat ini mula bertapak di Malaysia pada akhir tahun 60an selepas Syeikh Makmun melawat Malaysia dan Singapura. la berjaya mempengaruhi tentera dan polis di Singapura sebelum merebak ke Malaysia melalui Johor. Kemuncak pada tarikat ini ialah tidak perlu solat lima waktu kecuali berzikir sahaja. Begitu juga jika ingin mendapatkan sesuatu hanya perlu berzikir sahaja. Di kalangan tentera dan polis pula mereka mempercayai bahawa untuk mempertahankan diri dari musuh tidak perlu menggunakan senjata. Malah cukup mengamalkan tarikat ini sahaja. la dengan sendirinya akan menjadi kebal dan tidak ditembusi peluru. Pada awal tahun 1970an, pengaruh tarikat ini semakin merosot di Malaysia dan Indonesia. (Lihat Fatwa Tentang Tarikat Mufarridiah Ajaran Syeikh Makmun Bin Yahya dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor, 1989)
Antara ajarannya juga ialah mempercayai bahawa segala doa dan istighfar kepada Allah mestilah melalui malaikat bernama Karanaz. Orang yang bersahabat dengan malaikat ini ialah orang yang telah mencapai martabat jisim kelima dalam tarekatnya. Orang ini jisimnya adalah Allah dan rohnya adalah roh Allah. Dia juga boleh membela roh si mati daripada seksaan kubur. Oleh itu, orang yang ingin mendapat pembelaan terhadap ahli keluarganya yang telah mati boleh membayar kepada Syeikh Makmun. (Lihat juga dalam Tarekat Mufarridiyyah Satu ajaran Sesat oleh JAKIM, hlm. 7-11)
DATO’ DR. MOHD. YUSOF BIN HAJI MUHAMMAD NOOR, Pengerusi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1987-906c05a1
