Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات

Zakat Perniagaan

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

1/19/1984 18 April 1984

ZAKAT PERNIAGAAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-19/1984 yang bersidang pada 18 April 1984 telah memutuskan bahawa:

1. Perniagaan yang dicampuradukkan antara halal dan yang haram tidak dapat dipisahkan urusniaganya diwajibkan zakat kerana maslahah umum.

2. Perniagaan yang menggunakan wang yang haram seperti memodalkan perniagaan dengan menggunakan wang bank yang jelas hukumnya haram kerana unsur-unsur riba, wajib dikenakan zakat walaupun penglibatan di dalam riba itu haram.

3. Perniagaan yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam diwajibkan zakat ke atas orang Islam sahaja.

Bertarikh 18 April 1984 MJKPHSWP Kali Ke-19/1984

TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1984-cf5b1da6